...Dalam Botol dan Raja Azmi
Image via Wikipedia
Filem ... Dalam Botol arahan Khir Rahman yang membariskan pelakon seperti Wan Raja, Arja Lee, Diana Danielle, Fauziah Ahmad Daud, Normah Damanhuri dan Jalil Hamid. Filem yang mengisahkan cinta sejenis antara Rubidin (Arja Lee) dan Ghaus (Wan Raja) sehinggakan Rubidin sanggup berkorban mengubah identitinya kepada Ruby dengan melakukan satu pembedahan menukar jantina di London.
Namun, perubahan Ruby itu menyebabkan Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seperti seorang wanita sekali gus menyingkirkan Ruby daripada hidupnya. Lebih menyulitkan keadaan apabila hormon lelaki di dalam tubuh Ruby kembali menyerlah dan ingin kembali menjadi seorang lelaki yang mula jatuh cinta pada seorang gadis yang baik budi, namun keadaan fizikalnya yang bukan lagi seorang lelaki tulen kerana sudah membuang alat sulitnya menyukarkannya mendampingi gadis yang diidamkan.
Related articles
- Malaysia's 1st gay film makes profit in 5 days (seattletimes.nwsource.com)
- Malaysia's 1st gay film makes profit in five days (miamiherald.typepad.com)
- Malaysian gay film is box office hit (guardian.co.uk)
- Malaysia's 1st Gay Film Makes Profit in 5 Days (abcnews.go.com)
Siti Nurhaliza dan Sharifah Aini berdamai setelah enam tahun
Image via Wikipedia
Akhirnya Siti Nurhaliza dan Sharifah Aini digandingkan bersama dalam satu sessi fotografi khas sempena Aidilfitri setelah enam tahun tidak bersemuka dan bertegur sapa gara-gara kontroversi yang melanda mereka berdua pada tahun 2004 yang lalu… Siti Nurhaliza dan Sharifah Aini tiada masaalah apabila hendak digandingkan bersama, malah dua orang diva kita ni memberi kerjasama yang sangat baik semasa sesi fotografi ni berlansung..
Di bulan Ramadhan yang mulia ni dua artis popular kita mengambil kesempatan untuk membuang yang keruh dan ambik yang jernih.. yang lepas tu kita biar je la lepas kan.. Jom kita baca apa kata Siti Nurhaliza dan Sharifah Aini ni…
“Siti harap janganlah peminat ungkitkan perkara yang sudah lama berlalu. Siti pun dah lupakan benda itu. Alhamdulillah rasa seronok juga sebab suasana hari ini dibuat semasa kita berpuasa, Siti tak pernah berdendam atau simpan apa-apa perasaan selepas melalui semua ini dulu. Bila ia selesai, Siti pun anggap semuanya selesai dan memulakan semua yang baru,” kata Siti Nurhaliza.
“Saya sedih sangat dalam sesi hari ini. Bila Siti lentukkan kepala ke paha Kak Pah, Kah Pah tak boleh tahan air mata. Sedih sangat. Kak Pah rasa Siti juga rasa perkara yang sama bila kami bertemu hari ini.”
“Kami ini mangsa keadaan. Kerana ada pihak lain yang melaga-lagakan, sampai enam tahun kami tak berjumpa. Kak Pah harap jangan ada pihak yang cuba melaga-lagakan dan mengeruhkan kejernihan yang ada ini. Kak Pah tak pernah simpan dendam dengan apa yang sudah berlaku,” kata Sharifah Aini.
Isuhangat harap artis-artis lain yang ada masaalah sesama artis tu eloklah mengikut jejak langkah Siti Nurhaliza dan Sharifah Aini ni untuk berdamai dibulan dan hari yang baik ni.. harap-harap lepasni boleh la Siti Nurhaliza dan Sharifah Aini bergandingan untuk album baru kan.. Apa-apa pun jom kita layan gambar Siti Nurhaliza dan Sharifah Aini dalam satu sessi fotografi khas sempena Aidilfitri ni…
Serina Chef Wan Kini Bergelar Ibu
Image via Wikipedia
Jutaan tahniah kami ucapkan kepada Serina Chef Wan yang kini bergelar ibu kepada seorang bayi lelaki yang diberi nama Tristan Tareef O’luanaigh. Makna nama anak Serina Chef Wan ialah “lain daripada yang lain”.
Chef Wan yang turut berada di sisi Serina semasa kelahiran cucunya itu telah pun selamat melaungkan azan ketika itu. Berat Tristan Tareef O’luanaigh semasa dilahirkan ialah 2.85 kilogram.
Tahniah kami ucapkan kepada Serina, suami dan Chef Wan. Semoga semakin meriah keluarga Chef Wan dengan kehadiran cucu sulung ini. Kami doakan agar semuanya baik-baik belaka selepas ini untuk Tristan Tareef O’luanaigh.
Pelakon M Rajoli meninggal dunia
Image via Wikipedia
Pelawak dan pelakon terkenal M Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di Kuala Lumpur, pada pukul 10.55 malam tadi akibat penyakit kelenjar kanser otak.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Harun Salim Bachik berkata Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.
"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.
Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.
Harun berkata pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah 'bintang yang sentiasa menyinar'.
M Rajoli atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Okt 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya.
Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 Nov 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah.
Allahyarham terkenal dengan lakonan versatilnya dan pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Congkak dan Lembing Awang Pulang ke Dayang.
Video Kes bunuh Sosilawati: Suspek pernah taja program Orang Asli
Posted by admin | Monday, September 20, 2010 | Category: Sosilawati |
GOMBAK: Suspek utama pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya, 47, menjadi penaja terbesar pemberian hamper satu program untuk penduduk Orang Asli di Bukit Cheding, Banting, baru-baru ini.
Hal ini didedahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah yang turut hadir dalam program anjuran penduduk di sana pada 8 September lalu.
“Saya diberitahu peguam (suspek) itu salah seorang penaja terbesar untuk program berkenaan. Saya terkejut apabila melihat gambar suspek di media massa,” katanya.
Malah beliau berkata, suspek juga pernah menyatakan hasrat untuk menyertai MIC dan ingin menyumbangkan jasa dalam parti berkenaan.
“Saya menyuruhnya menghantar borang ke pejabat MIC, dan akan meminta Datuk Seri Samy Vellu mempertimbangkan, tapi siapa sangka rupanya dia peguam yang mempunyai banyak rekod jenayah. Malam tadi (semalam) saya tidak dapat tidur kerana saya mengingati perwatakan suspek yang pemurah dan peramah. Murugiah juga meminta polis menyiasat lebih terperinci mengenai suspek yang mendapat gelaran Datuk itu.
“Saya hairan bagaimana seorang peguam yang mempunyai banyak rekod jenayah, layak mendapat gelaran Datuk, dan dari mana dia mendapatnya, itu semua harus disiasat,” katanya. Sementara itu, Murugiah mewakili kaum India di negara ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan lapan suspek utama kes pembunuhan jutawan terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, serta tiga lagi rakannya yang mati dibunuh, dibakar kemudian abu mereka dibuang ke dalam sungai berhampiran kawasan Ladang Gadong, Tanjong Sepat, Banting, Selangor. Beliau menyifatkan tindakan suspek berkenaan adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan hingga sanggup membunuh disebabkan wang.
“Saya mewakili kaum India di negara ini mahu polis menyiasat kes ini secara terperinci dan jika betul lapan suspek itu adalah pembunuhnya, bawa mereka ke muka pengadilan. Jika mereka bersalah, jangan bagi peluang lepas daripada tali gantung, kerana apa yang mereka lakukan sangat kejam,” katanya ketika ditemui di pekarangan rumah Sosilawati, semalam.
Luna sambut hari jadi sama Ariel
Posted by admin | Friday, August 27, 2010 | Category: Ariel, Luna |
JAKARTA: Senyuman pelakon dan penyanyi Luna Maya (gambar) semakin lebar sejak merayakan ulang tahun kelahirannya bersama Ariel di sebuah balai polis di sini semalam.
Senyuman itu terus menerus dilihat pada wajah selebriti berkenaan ketika keluar dari balai polis di Jakarta Selatan.
Dia masih tersenyum apabila wartawan mengucapkan selamat hari jadi kepadanya.
“Terima kasih kepada semua,” kata selebriti berkenaan.
Bagaimanapun, apabila ditanya wartawan bagaimana sambutan ulang tahun kelahirannya bersama Ariel, Luna mendiam diri, tetapi masih melemparkan senyuman. – Agensi
Nasib AC Mizal Ditentukan Pada 28 Oktober Ini
Posted by admin | Friday, August 27, 2010 | Category: Ac Mizal |
AC Mizal mungkin akan dihantar ke penjara kerana kegagalannya untuk membayar nafkah dua orang anaknya hasil perkahwinan pertama sebanyak RM50,000. Keputusan sama ada AC Mizal mungkin akan masuk penjara atau tidak akan diketahui pada 28 Oktober nanti.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Abdul Halim Abdullah menetapkan tarikh itu selepas pihak-pihak yang terlibat dalam prosiding komital itu memfailkan hujahan pada Khamis.
Prosiding hanya dihadiri oleh AC Mizal manakala Shafnie dimaklumkan mempunyai urusan yang menyebabkan dia tidak berkesempatan hadir di mahkamah dan AC Mizal diwakili peguam syarie Siti Aishah Din.
Dia yang sinonim dengan watak Inspektor Mazlan dalam drama Gerak Khas berkahwin dengan Shafnie pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Shafiq Iman, 13, dan Muhammad Shabil Iman, 10, sebelum sah bercerai pada 17 Oktober 2001.